Tuesday 17 January 2012

KIAMAT KIAN DEKAT

Dulu mase zaman Skolah aku dulu aku suke tengok awan. Nak kate menghayati keindahan ciptaan Tuhan pun susah jugak...yela, time tu 'walad' lagi memahami agama. Tapi seronok kerana, cikgu kate adenye siang dan malam kerana bumi berputar...masa bergerak kerana bumi berpusing. So, aku akan abiskan mase lapang aku peratikan awan bergerak. Skali imbas memang tak nampak. Tapi kalau perati dalam 10-15 minit baru nampak awan bergerak perlahan2 dari kedudukan die. Rase seronok, tenang....Sdikit sebanyak trase besarnye ciptaan Allah, walau masih mencari2 ilmu Allah.


Sekarang...Baru-baru ni aku keluar ke bandar (KL)dengan tunang aku, buat persiapan untuk majlis kawin aku. Sementare tunggu bas sampai, aku tengok langit, tengok awan....mengenang minat aku dulu. Tapi bukan lagi rase tenang macam dulu, melainkan rase takut, risau, bimbang. Awan 'aku' dah tak macam dulu. Senang sangat aku nak tengok awan bergerak. Dalam beberape saat kumpulan awan baru dah melewati sesuatu kedudukan. Bile aku dongak kelangit, trase seolah-olah bangunan tinggi begoyang nak tumbang. Lajunye awan sekarang!
Aku tepikir, trase insaf datang pada aku. Benar yang dijanjikan Allah, tanda-tanda akan tiba nya hari pembalasan (kiamat), mase akan bergerak dengan cepat. Bukan terase cepat sebab kehidupan kita sekarang mengejar mase, tapi memang masa betul-betul bergerak dengan cepat...bumi da berputar semakin cepat!
Dalam kehidupan sekarang ni yang penuh dengan dugaan untuk melakukan beburukan, terbuka luas nak menghimpun dosa, cukup banyak ke amalan yang aku buat...atas dasar Lillahi Ta'ala...??
Allahu Yarahman Yarahim....
0 Comments
Comments

No comments:

Post a Comment