Tuesday, 14 February 2012

Chernobyl; City of Death


I'm sure anybody had played the games 'Call Of Dutty 6: Modern Warfare' have known this place. Part of the game, player were act as a sniper, to kill a most wanted target. Not just only acting as a sniper person is my interest, but the place of the duty given a lot of question and interest for me to know more about this place.

Chernobyl is an abandoned city in northern Ukraine, in Kiev Oblast, near the border with Belarus. The city had been the administrative centre of the Chernobyl Raion since 1932.
The city was evacuated in 1986 due to the Chernobyl disaster at the Chernobyl Nuclear Power Plant, located 14.5 kilometres (9.0 mi) north-northwest. The power plant was within Chernobyl Raion (District), but the city was not the residence of the power plant workers. When the power plant was under construction, Prypiat, a city larger and closer to the power plant, had been built as home for the power plant workers. After the accident the Chernobyl Raion administration was transferred to the neighboring Kiev Raion.

Though the city today is mostly uninhabited, a small number of people reside in houses marked with signs stating that the "Owner of this house lives here". Workers on watch and administrative personnel of the Zone of Alienation are stationed in the city on a long term basis. Prior to its evacuation, the city was inhabited by about 14,000 residents.The city of Slavutych was built specifically for the evacuated population of Chernobyl.


Name Origin
The city name is the same as a local Ukrainian name for Artemisia vulgaris (mugwort or common wormwood), which is also "chornobyl".An alternative etymology holds that it is a combination of the words chornyi (black) and byllia (grass blades or stalks), hence it would literally mean black grass or black stalks.

After the Chernobyl disaster, some remarked upon partial similarities between the disaster and the tale of the 'star called Wormwood' in the Book of Revelation, which killed many people by making the water bitter.



History
Chernobyl first appeared in a charter of 1193, described as a hunting-lodge of Knyaz Rostislavich. It was a crown village of the Grand Duchy of Lithuania in the 13th century. The village was granted as a fiefdom to Filon Kmita, a captain of the royal cavalry, in 1566. The province containing Chernobyl was transferred to the Kingdom of Poland in 1569, and then annexed by the Russian Empire in 1793. Prior to the 20th century, Chernobyl was inhabited by Ukrainian and some Polish peasants, and a relatively large number of Jews.

Chernobyl had a rich religious history. The Jews were brought by Filon Kmita, during the Polish campaign of colonization. The traditionally Christian Eastern Orthodox Ukrainian peasantry of the district was largely forced, by Poland, to convert to the Greek Catholic Uniate religion after 1596, and then forcibly returned to Eastern Orthodoxy by the Tsar only after the Partitions of Poland. The Dominican church and monastery were founded in 1626 by Lukasz Sapieha, at the height of the Counter-reformation. There was a group of Old Catholics, who opposed the decrees of the Council of Trent. The Dominican monastery was sequestrated in 1832, following the failed Polish November Uprising, and the church of the Old Catholics was disbanded in 1852.



In the second half of the 18th century, Chernobyl became one of the major centers of Hasidic Judaism. The Chernobyl Hasidic dynasty had been founded by Rabbi Menachem Nachum Twersky. The Jewish population suffered greatly from pogroms in October 1905 and in March–April 1919, when many Jews were killed and others were robbed, at the instigation of the Russian nationalist Black Hundreds. In 1920, the Twersky dynasty left Chernobyl, and it ceased to exist as a Hasidic centre.

Since the 1880s, Chernobyl has seen many changes of fortune. In 1898 Chernobyl had a population of 10,800, including 7,200 Jews. In World War I the village was occupied, and in the ensuing Civil War, Chernobyl was fought over by Bolsheviks and Ukrainians. In the Polish-Soviet War of 1919–20, it was taken first by the Polish Army and then by cavalry of the Red Army. From 1921, it was incorporated into the Ukrainian SSR.




During the period 1929–33, Chernobyl suffered greatly from mass killings during Stalin's collectivization campaign, and in the Holodomor (famine) that followed. The Polish community of Chernobyl was deported to Kazakhstan in 1936 during the Frontier Clearances. The Jewish community was murdered during the German occupation of 1941–44. Twenty years later, the area was chosen as the site of the first nuclear power station on Ukrainian soil.
The Duga-3 over-the-horizon radar array several miles out of Chernobyl was the origin of the infamous Russian Woodpecker, designed as part of Russia's anti-ballistic missile early warning radar network.
With the dissolution of the Soviet Union in 1991, Chernobyl remained part of Ukraine, now an independent nation.
However, in 2011 there continue to live a small number of people; those who refused to leave their native city after the Chernobyl Disaster of 1986.



Nuclear Reactor Disaster

On April 26, 1986, Reactor #4 at the Chernobyl Nuclear Power Plant near the town of Pripyat, Ukraine, exploded. The explosion took place at 1:23am while the neighboring town of Pripyat slept. Two workers were killed instantly. 40 hours later, the residents of Pripyat were ordered to evacuate, and most never returned; by that time, many of the residents had suffered varying degrees of radiation poisoning.



In 2003, the United Nations Development Programme launched a project called the Chernobyl Recovery and Development Programme (CRDP) for the recovery of the affected areas. The program launched its activities based on the Human Consequences of the Chernobyl Nuclear Accident report recommendations and was initiated in February 2002. The main goal of the CRDP's activities is supporting the Government of Ukraine to mitigate long-term social, economic and ecological consequences of the Chernobyl catastrophe, among others. CRDP works in the four most Chernobyl-affected areas in Ukraine: Kiev Oblast, Zhytomyrska Oblast, partially Kiev, Chernihivska Oblast and Rivne Oblast.

Refferences: World Encyclopedia

INDEX






Tuesday, 7 February 2012

Amazing Cats

Koleksi gambar-gambar kucing yang comel, funny and pelik yang aku dapat dari macam-macam web & pages...














Tuesday, 17 January 2012

KIAMAT KIAN DEKAT

Dulu mase zaman Skolah aku dulu aku suke tengok awan. Nak kate menghayati keindahan ciptaan Tuhan pun susah jugak...yela, time tu 'walad' lagi memahami agama. Tapi seronok kerana, cikgu kate adenye siang dan malam kerana bumi berputar...masa bergerak kerana bumi berpusing. So, aku akan abiskan mase lapang aku peratikan awan bergerak. Skali imbas memang tak nampak. Tapi kalau perati dalam 10-15 minit baru nampak awan bergerak perlahan2 dari kedudukan die. Rase seronok, tenang....Sdikit sebanyak trase besarnye ciptaan Allah, walau masih mencari2 ilmu Allah.


Sekarang...Baru-baru ni aku keluar ke bandar (KL)dengan tunang aku, buat persiapan untuk majlis kawin aku. Sementare tunggu bas sampai, aku tengok langit, tengok awan....mengenang minat aku dulu. Tapi bukan lagi rase tenang macam dulu, melainkan rase takut, risau, bimbang. Awan 'aku' dah tak macam dulu. Senang sangat aku nak tengok awan bergerak. Dalam beberape saat kumpulan awan baru dah melewati sesuatu kedudukan. Bile aku dongak kelangit, trase seolah-olah bangunan tinggi begoyang nak tumbang. Lajunye awan sekarang!
Aku tepikir, trase insaf datang pada aku. Benar yang dijanjikan Allah, tanda-tanda akan tiba nya hari pembalasan (kiamat), mase akan bergerak dengan cepat. Bukan terase cepat sebab kehidupan kita sekarang mengejar mase, tapi memang masa betul-betul bergerak dengan cepat...bumi da berputar semakin cepat!
Dalam kehidupan sekarang ni yang penuh dengan dugaan untuk melakukan beburukan, terbuka luas nak menghimpun dosa, cukup banyak ke amalan yang aku buat...atas dasar Lillahi Ta'ala...??
Allahu Yarahman Yarahim....

Wednesday, 14 December 2011

TUAN GURU GHAZALI BATU 26 BAGAN DATOH


TUAN GURU GHAZALI BATU 26: PENASIHAT SULTAN PERAK

SALAH seorang ulama besar Perak yang bersama-sama mengasaskan PAS pada 1951 selain Mufti Haji Ismail Hamzah, Sheikh Zubir al-Filfulani, Mufti Haji Ghazali Abdullah, Tuan Guru Haji Mohd Arshad Mohd Salleh dan Tuan Guru Haji Abdul Samad Nuh ialah Tuan Guru Dato’ Haji Ghazali Arshad atau lebih masyhur namanya sebagai Tuan Guru Haji Ghazali Batu 26. Penglibatan para ulama terkenal ini dalam PAS telah meletakan PAS sebagai sebuah parti yang berpengaruh di Perak dan negeri ini menjadi kubu kuat PAS pada dekad 1950-an.
Tuan Guru Haji Ghazali walaupun lebih terkenal kerana institusi pendidikannya di Batu 26, Bagan Datoh dan kegiatan dakwah beliau sebagai penasihat Sultan Perak dalam soal agama, beliau sebenarnya pakar rujuk PAS dalam soal hukum agama.
Tuan Guru Haji Ghazali bin Arshad bin Muhamad Rashid bin Sheikh Mansur telah dilahirkan di Pasir Panjang Laut, Setiawan Perak pada 13 Rabiul Akhir 1319 Hijriyah (1901).
Moyangnya Sheikh Mansur berasal dari Yaman, manakala ibunya, Hajah Puteri Madinah Mat Saman berketurunan Megat Terawis, pahlawan Perak yang terkenal itu.
Walaupun bapanya tinggal di luar bandar tetapi mempunyai kesedaran agama yang tinggi kerana di sekitar Setiawan ketika itu terdapat beberapa orang ulama seperti Kadi Haji Alias Hussein (ayahanda Dr Haji Abbas Alias, bekas Yang Dipertua Agung PAS) dan Kiyai Haji Abdul Latif Abdul Hamid (ayahanda Ustaz Baharuddin Latif, bekas Setiausaha Agung PAS).
Pada awalnya, Haji Ghazali dihantar belajar di Sekolah Melayu Pasir Panjang Laut selama lima tahun. Pada 1912, beliau dimasukkan ke Pondok Lubuk Merbau, kemudian berhijrah ke Kedah kerana berguru dengan Tuan Hussin Kedah di Pondok Bagan Ulu, Pantai Merdeka dan Pondok Selengkoh, Sungai Limau, Yan. Setelah itu, beliau mengambil masa lima tahun lagi untuk mendalami ilmu agama di Madrasah al-Masriyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam di bawah bimbingan Sheikh Salleh Masri sehingga 1919.
Setelah pengajian peringkat asas ditamatkan, Tuan Guru Haji Ghazali bertolah ke Makkah kerana mahu menambahkan lagi ilmu agamanya. Di Makkah beliau mengambil kesempatan untuk menadah kitab dengan ulama-ulama di Masjidil Haram.
Dalam masa yang sama, Haji Ghazali telah memasuki Madrasah Shaulatiyah al-Hindiyah, sebuah pusat pendidikan Islam yang terkenal di Makkah ketika itu dan dikendalikan oleh ulama-ulama anti-British dari India.
Selepas empat tahun, beliau lulus Syahadah Nihayah pada 1926. Haji Ghazali tidak terus pulang, sebaliknya menyambung pengajian dalam halaqat ulama di Masjidil Haram dan pusat pengajian lain di Makkah sehingga 1930. Antara gurunya di Makkah ialah Sheikh Hassan al-Masyat, Pak Da Ail al-Fathani, Sheikh Muhammad Ali al-Maliki, Sheikh Ahmad Khurasan, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok, Sheikh Harun Kambang Minangkabau, Syed Hussin Abdul Nabi, Sheikh Ibrahim Zaidan dan Sheikh Mokhtar Atarid.
Selepas 11 musim haji menggali ilmu di Makkah, barulah beliau pulang di Malaya. Beliau dikatakan alim dalam ilmu balaghah, mantik, falakiah, tafsir, hadis dan fekah. Selepas kembali ke Tanah Melayu, Haji Ghazali menyambung pengajiannya dengan Tuan Hussin Kedah di Pondok Pokok Sena, Seberang Prai dan sempat bersama dengan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, bekas Bendahari Agung PAS.
Sebaik sahaja pulang ke Perak, Haji Ghazali telah melangsungkan perkahwinan dengan Hajah Zabedah Haji Salleh. Ketika itu juga, beliau memasang tekad untuk membuka pusat pengajian sendiri. Dengan menggunakan bangsal kendurinya, beliau mengasaskan Madrasa ad-Diiniah di Kampung Matang Kunda, Bagan Datoh iaitu di rumah mentuanya.
Penubuhan ini disokong kuat oleh iparnya, Haji Arshad Haji Salleh sehingga Haji Ghazali menamakan madrasah tersebut sebagai Madrasah Irshadiyah Diiniyah. Di peringkat awal madrasah ini mengajarkan ilmu-ilmu asas Islam seperti fiqh, usuluddin, akhlak, tajwid dan bahasa Arab.
Bagaimanapun pada 1935, madrasah ini telah berpindah ke Hujung Matang atau sekarang ini lebih dikenali sebagai Batu 26, Bagan Datoh. Sejak itu, Tuan Guru Haji Ghazali menghabiskan perjuangannya membangunkan generasi baru Islam di madrasah ini seingga akhir hayatnya.

Sembah Derhaka
Nama Haji Ghazali terkenal dengan cepat di Perak selepas pembukaan madrasah ini. Hal ini menarik perhatian Sultan Iskandar Alang Shah. Pada 1935 baginda mahu melantik beliau sebagai guru agama kepada Sultan Perak. Bagaimanapun beliau memohon sembah derhaka dengan menolak permintaan Sultan itu.
Haji Ghazali kemudian dilantik oleh Sultan Perak sebagai Ahli Majlis Ulama Perak pada 1936. Bagaimanapun kegiatan dakwah beliau terganggu pada 1942 ekoran meletusnya Perang Dunia Kedua yang menyebabkan keluarganya terpaksa berpindah ke Sungai Manik.
Pada 1946 madrasah ini dibuka semula dan menerima pelajar dari seluruh negara. Pada 1960, Haji Ghazali telah mengetuai jawatankuasa yang dianggotai oleh pelajar-pelajar untuk mencari dana bagi membina bangunan baru. Akhirnya pada 1970, madrasah ini berwajah baru dengan nama Sekolah Menegah Agama Irshadiyah Persendirian, dan pada 1998 madrasah ini diambil alih oleh Kementerian Pelajaran.
Sekolah Menegah Agama Irshadiyah telah memperkenalkan sistem pembelajaran agama dan Arab pada sesi pagi, manakala kelas akademik di sebelah petang. Sijil keluaran madrasah ini, iaitu Syahadah Thanawi telah mendapat pengiktirafan Universiti al-Azhar.
Dalam pada itu juga, madrasah ini telah menjadi pusat kegiatan Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) semenjak awal 1960-an lagi.
Selain memberikan tumpuan kepada kegiatan dakwah khassah di madrasah ini, beliau juga memberi tumpuan kepada dakwah am seperti mengajar di masjid-masjid dan terlibat dalam kegiatan masyarakat.
Kerana keilmuan beliau, pada 1964 Sultan Perak telah menawarkan beliau jawatan Mufti Perak, tetapi beliau sekali lagi memohon sembah derhaka menolak tawaran itu kerana ingin memberi tumpuan kepada madrasahnya.
Pada 1976, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Menilai Darjah Kealiman Calon-calon Mufti Kerajaan Negeri Perak yang memilih bekas Imam Besar Masjid Negara, Haji Ghazali Abdullah yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Agung PAS sebagai Mufti Perak pada 1977.
Selain kgiatan dakwah ini, Haji Ghazali juga terlibat dalam kegiatan politik semenjak di Makkah lagi. Beliau sebagi pelajar lepasan Madrasah Shaulatiyah mempunyai semangat antipenjajah yang kuat. Kerana itu, beliau mendukung perjuangan Hizbul Muslimin pada 1948 dan terlibat secara aktif dalam Majlis Ulama Hilir Perak. Majlis ini bertanggungjawab mencadangkan kepada Umno supaya mengadakan Persidangan Ulama Se-Malaya pada 1950.
Setelah Persatuan Ulama Se-Malaya ditubuhkan pada 23 Ogos 1951, Haji Ghazali menjadi salah seorang pengasas PAS apabila beliau turut menyertai Persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya di Butterwoth pada 24 November 1951. Dalam persidangan ini nama persatuan ini diubah kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS).
Haji Ghazali tidak pernah memegang jawatan tinggi dalam PAS kerana memberikan tumpuan kepada madrasahnya. Namun begitu, beliau telah menjadi tempat rujukan pimpinan PAS dalam hukum-hakam agama. Pada 1962, beliau dilantik menganggotai Jawatankuasa Tarjih Dewan Ulama PAS Pusat, iaitu sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam soal hukum agama seumpama majlis fatwa PAS.
Penlibatan Haji Ghazali bersama PAS berterusan sehingga akhir hayatnya walaupun beliau tidak menonjol dalam kepemimpinan parti. Selepas bersara daripada kegiatan pendidikan kerana usia lanjut, Haji Ghazali mentelaah kitab-kitab agama di sebuah pondok berhampiran Madrasah Irshadiyah.
Kerana sumbangan besar beliau dalam dunia dakwah dan pendidikan, pada 1989 Tuan Guru Haji Ghazali dianugerahkan sebagai Tokoh Ulamak Silam oleh UKM, diikuti oleh anugerah Tokoh Maal Hijrah Hilir Perak (1989), Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak (1990) dan anugerah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Sultan Perak pada 1992 yang membawa gelaran Dato?.
Lima tahun kemudian, iaitu pada 10 Mei 1997, Tuan Guru Dato’ Haji Ghazali Arshad telah meninggal dunia dalam usia 98 tahun. Antara muridnya yang terkenal ialah Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh, Ketua Dewan Ulama PAS, Tuan Guru Haji Hashim Abu Bakar (Mudir Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan) dan Prof Madya Dato’ Salleh Haji Ahmad, bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang juga bekas Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Rujukan: Encyclopedia

Wednesday, 7 December 2011

Fact That People Forget

"I'm Goverment, but it doesn't mean I trust Goverment, you must trust Goverment. What you have trust,...is your country..."   -Geoge W Bush-
 (Saya adalah Kerajaan [Pemimpin], tapi tidak bermakna saya, mahupun anda mempercayai Kerajaan [sepenuh hati]. Apa yang perlu anda percaya,...adalah Negara anda.)

Orang tau, amat2 tahu, Geoge W Bush boleh dianggap zalim, kuku besi, penindas agama, terutama Islam. Aku sendiri pun same jgk; anggap die mcm tu. Berape bnyk negara Islam tumbang angkara die ni, dengan menggunakan alasan keamanan. Tapi, kenapa pulak aku highlightkan kate2 die ni...? Aku tak ambil individu ini, tapi aku ambil kate2 die ni, untuk dipikirkan masyarakat kite sekarang.
Maksud yang tersirat kat kata2 bekas Presiden Amerika ni, kalau pecaye kan kerajaan/pemimpin, kerajaan/pemimpin silih beganti. But, negara setiap individu hanya 1, tak ada pengganti, takde harapan nak tukar warganegara. So, sebagai rakyat, mempercayai negara dan berusaha mempertahankannya paling utama & amat mustahak.
Bile aku baca artical Geoge W Bush ni, aku tepikir; rakyat aku sekarang meletakkan yang mane dulu yang paling utama diperjuangkan,...kerajaan atau negara? martabatkan kerajaan, atau negara? Jaga kerajaan, atau negara? Hmmmm...
Hope takde yang beranggapan statement ni ada berunsur politik. artical ni aku transitkan sebagai diri aku warganegara, yang cuba nak mempertahankan negara....melalui cara aku. Kalau ada yang mempertikaikan, aku mintak maaf, tapi sila jawap soalan aku menggunakan hati anda,...
ANDA MENGUTAMAKAN PEMIMPIN/KERAJAAN @ NEGARA ANDA?

Monday, 5 December 2011

Feedback Please!

Do leave your comment upon my bloq. Considering as i'm new about it, assist me to make it better in future. Thank you.

Sunday, 4 December 2011

Now I Start As A Blogger!!

This is my firstime try to produce blogsport...Hope can gether interest from all soon. BEST OF LUCK TO ME...!!!